CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan, Saya, Siti Suhaila binti Mat Husin. Mesra disapa Siti bagi yang mengenali diri ini. Sekarang saya bekerja sebagai admin di Damansara Perdana Petaling Jaya, Selangor. Sudah lama rasanya tidak mencurahkan idea di platform penulisan ini. Permulaan di tahun 2025, doakan saya. Sebagai permulaan, saya ingin menceritakan kisah kehidupan saya dan untuk mengejar dua Impian besar dalam kehidupan saya sehingga sekarang. Pertamanya, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih berada di sini sehingga hari ini. Tiada yang lebih kesyukuran melainkan kepada Dia semata. Ok, saya mulakan di sini. Sebenarnya saya sehingga hari ini menyimpan impian besar dalam hidup saya iaitu untuk menyambung Pelajaran dan memiliki sebuah kereta. Mohon doakan saya ya. Ya, mungkin untuk orang lain senang untuk memilikinya kerana mem...