CERITERA KEHIDUPAN- coretan Siti Suhaila Alhamdulillah, untuk hari-hari yang masih Allah hadiahkan. Sudah lama juga rasanya tidak mencoret lagi di sini. Pada hari ni, detik ini ada kesempatan untuk mencoret semula di sini. Selamat petang semuanya, Tentang apa yang ingin dikongsi hari ini semuanya adalah tentang isi hati, tentang apa refleksi kehidupan yang sama-sama mahu dikongsi. Hidup ini, Allah ciptakan dengan penuh kisah cerita dan kisah ujian masing-masing bukan? Dan berbagai ceritera dalam kehidupan setiap insan, mungkin sekarang ini ada yang tengah struggle dengan kehidupannya, rasa sukarnya untuk melalui setiap hari yang mendatang, ada juga yang mungkin tengah dalam fasa adaptasi dengan kehidupan dan suasana yang baru dalam kehidupannya, berbagai-bagai lagi dalam kehidupan harian kita. Penuh dengan...