Skip to main content

CERITERA- UJIAN TANDA ALLAH SAYANG DAN BERSAMA-SAMA DENGAN KITA

                              
        CERITERA KEHIDUPAN- coretan Siti Suhaila 



Alhamdulillah, untuk hari-hari yang masih Allah hadiahkan. Sudah lama juga rasanya tidak mencoret lagi di sini. Pada hari ni, detik ini ada kesempatan untuk mencoret semula di sini. 


    Selamat petang semuanya, 

Tentang apa yang ingin dikongsi hari ini semuanya adalah tentang isi hati, tentang apa refleksi kehidupan yang sama-sama mahu dikongsi. Hidup ini, Allah ciptakan dengan penuh kisah cerita dan kisah ujian masing-masing bukan?

 Dan berbagai ceritera dalam kehidupan setiap insan, mungkin sekarang ini ada yang tengah struggle dengan kehidupannya, rasa sukarnya untuk melalui setiap hari yang mendatang, ada juga yang mungkin tengah dalam fasa adaptasi dengan kehidupan dan suasana yang baru dalam kehidupannya, berbagai-bagai lagi dalam kehidupan harian kita. Penuh dengan kisah dan ujian masing-masing. 

Ya, jujurnya, tidak mudah untuk melalui setiap ujian bukan? Tapi refleksi diri sendiri, sebenarnya Allah sedang mengajarkan kita dengan ujian untuk dekatkan lagi diri dengan Dia, bukan ujian yang makin menjauhkan lagi kita dengan Allah. 

Teringat satu ayat Allah dalam AQ, SURAH AL-ANKABUT :- 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? – AYAT 2 

Ya,sejujurnya ayat ni turun adalah untuk meneguhkan hati para sahabat di fasa ujian Mekah ketika itu yang dirasakan sangat berat oleh mereka. Tapi apa yang meneguhkan mereka? Keimanan mereka sangat kuat, perjuangan mereka hanya untuk Allah dan Rasulullah saw semata-mata, jadi kerana itu, ujian itu sebenarnya untuk menguatkan lagi diri mereka dan untuk bersabar dalam setiap ujian yang dihadapi mereka, diseksa, diboikot. 

Itu semua sangat sakit untuk dijalani, tapi mereka tahu ujian itu untuk menguatkan mereka dalam perjuangan mereka. Kembali kepada diri kita, jujur yang menulis ini lagi terkesan dengan ayat tersebut. Datang sahaja ujian, terus bertanya dan bersoal kepada Allah, kenapa aku, kenapa aku yang kena hadap ujian ni? Walhal diri ini yang tidak muhasabah dan bersabar bila datangnya ujian dari Allah. Ujian tanda Allah sedang melihat hamba-hambaNya bukan? 


Dia tak akan menguji di luar kemampuan diri kita walaupun kadang kita rasa sudah tidak mampu untuk menanggung semua rasa berat dengan ujian yang ada dalam hidup kita. Semoga semua orang sentiasa kuat menghadapi ujian dari Dia, kerana selepas menjalani ujian itu, kita akan Kembali menjadi kuat dan yakin atas setiap ketentuan dariNya. Jadikan ayat Quran tadi sebagai kekuatan diri. Yakin yang Allah sentiasa bersama kita.


Kita kuat bersama-sama <3

Love, Siti Suhaila

Comments

CERITERA KEHIDUPAN

CERITERA- REFLEKSI HUJUNG MINGGU

REFLEKSI HUJUNG MINGGU Assalamualaikum semua, selamat malam di hujung minggu Didoakan semoga semua di dalam keadaan baik2 saja, InsyaAllah. InsyaAllah suka saya hari ini untuk berkongsi sedikit tentang persitiwa kehidupan. Hidup kita hari ini, masih diberi nafas untuk bernyawa dan menghirup udara, masih kita dengan kesibukan harian kita, mengejar itu dan ini, yang pastinya, saat sudah merebah tubuh, nak rehatkan diri,menghela nafas kelegaan setelah seharian menguruskan diri masing-masing. pastinya masa itu masa yang sangat nikmat bukan,? Ok, kembali kepada peristiwa yang ingin saya kongsi, teringat peristiwa dalam minggu ini, yang baru sahaja berlaku, untuk saya, satu muhasabah yang besar untuk direnung dan dalam pengajarannya. Petang Isnin lepas, situasi tengah siap-siap untuk balik dari kerja, dapat notifikasi whatsapp, gambar pak cik yang dah dipangku beramai-ramai tidak bermaya dan tidak bernyawa All...

CERITERA- TEMAN YANG SOLEHAH

TEMAN YANG SOLEHAH Assalamualaikum, selamat petang, pada tarikh 29 Mei 2025, 2 Zulhijjah, diberi kesempatan lagi untuk terus mencoret dan berkongsi sesuatu di laman maya ini.  Alhamdulillah, just to share. Dalam kehidupan kita, kita mesti memerlukan kepada kawan yang baik tu. Sebab tahu nanti boleh nasihatkan, tegur satu sama lain bila ada yang tak kena atau ada kesalahan yang dilakukan.  Sama dengan keadaan diri ini, Allah itu sangat la Maha Baik. Ya, sangat takut kan andai tersalah memilih kawan, andai tersalah pilih kita yang sama-sama tersalah langkah. Nauzubillahiminzalik. Sangat takut, Tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat menginginkan diri ini sentiasa dekat dengan Allah, rasa tenang ,damai. Cannot describe the feeling. Nikmat sangat rasanya. Mungkin, teman yang baik itu adalah yang selalu bersama dengan kita, teman kita as simple macam makan, teman shopping dan  share hobi yang best sama-sama. Tapi jujurnya, teman yang baik itu adalah teman yang solehah. Dia...

CERITERA- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA

CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA  CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan,  Saya, Siti Suhaila binti Mat Husin. Mesra disapa Siti bagi yang mengenali diri ini. Sekarang saya bekerja sebagai admin di Damansara Perdana Petaling Jaya, Selangor. Sudah lama rasanya tidak mencurahkan idea di platform penulisan ini. Permulaan di tahun 2025, doakan saya. Sebagai permulaan, saya ingin menceritakan kisah kehidupan saya dan untuk mengejar dua Impian besar dalam kehidupan saya sehingga sekarang. Pertamanya, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih berada di sini sehingga hari ini. Tiada yang lebih kesyukuran melainkan kepada Dia semata. Ok, saya mulakan di sini. Sebenarnya saya sehingga hari ini menyimpan impian besar dalam hidup saya iaitu untuk menyambung Pelajaran dan memiliki sebuah kereta. Mohon doakan saya ya. Ya, mungkin untuk orang lain senang untuk memilikinya kerana mem...