Skip to main content

CERITERA- TEMAN YANG SOLEHAH

TEMAN YANG SOLEHAH


Assalamualaikum, selamat petang, pada tarikh 29 Mei 2025, 2 Zulhijjah, diberi kesempatan lagi untuk terus mencoret dan berkongsi sesuatu di laman maya ini. 

Alhamdulillah, just to share.

Dalam kehidupan kita, kita mesti memerlukan kepada kawan yang baik tu. Sebab tahu nanti boleh nasihatkan, tegur satu sama lain bila ada yang tak kena atau ada kesalahan yang dilakukan. 

Sama dengan keadaan diri ini, Allah itu sangat la Maha Baik. Ya, sangat takut kan andai tersalah memilih kawan, andai tersalah pilih kita yang sama-sama tersalah langkah. Nauzubillahiminzalik. Sangat takut, Tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat menginginkan diri ini sentiasa dekat dengan Allah, rasa tenang ,damai. Cannot describe the feeling. Nikmat sangat rasanya.

Mungkin, teman yang baik itu adalah yang selalu bersama dengan kita, teman kita as simple macam makan, teman shopping dan  share hobi yang best sama-sama. Tapi jujurnya, teman yang baik itu adalah teman yang solehah. Dia mungkin tak selalu bersama, tapi menyelitkan nama kita dalam doanya, kerana itu adalah persahabatan yang sebenar. 

"Seorang hamba tidak akan mencapai tingkat sempurna keimanan sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari, Muslim)

Seperti mana hadis di atas, menyebut tentang teman, pasti kecintaan kita padanya juga adalah sama cinta dan sayangnya kita kepada diri kita dan juga kepada adik beradik kita. 

Tapi one thing here, bila sebut tentang saudara, kita semua adalah sesama saudara Islam, seakidah. Itu yang lebih besar sebenarnya. Kita sayang, kita mencintai saudara kita tak beza kita mencintai diri kita sendiri kerana itu adalah yang mulia dalam Islam. 

Oleh kerana itu, sangat best sebenarnya bila mencintai itu adalah atas dasar keimanan semata-mata. Bukan sekadar melafazkan sayang sahaja, tapi tahu persahabatan itu kerana apa. Akhirnya, jika kita jauh, lalai dari Allah, kita tahu ada teman kita yang boleh mengingatkan kembali kita kepada Allah dan kembali semula kepada Allah. Malah ia adalah satu anugerah jika ada kawan yang boleh membawa kita kepada jalan kebaikan tu. 

InsyaAllah just a short story petang ni. To be continue writing on this platform. Doakan diri ini supaya sentiasa ada kerajinan dan istiqamah ya teman-teman💗


Love,

Siti


Comments

CERITERA KEHIDUPAN

CERITERA- REFLEKSI HUJUNG MINGGU

REFLEKSI HUJUNG MINGGU Assalamualaikum semua, selamat malam di hujung minggu Didoakan semoga semua di dalam keadaan baik2 saja, InsyaAllah. InsyaAllah suka saya hari ini untuk berkongsi sedikit tentang persitiwa kehidupan. Hidup kita hari ini, masih diberi nafas untuk bernyawa dan menghirup udara, masih kita dengan kesibukan harian kita, mengejar itu dan ini, yang pastinya, saat sudah merebah tubuh, nak rehatkan diri,menghela nafas kelegaan setelah seharian menguruskan diri masing-masing. pastinya masa itu masa yang sangat nikmat bukan,? Ok, kembali kepada peristiwa yang ingin saya kongsi, teringat peristiwa dalam minggu ini, yang baru sahaja berlaku, untuk saya, satu muhasabah yang besar untuk direnung dan dalam pengajarannya. Petang Isnin lepas, situasi tengah siap-siap untuk balik dari kerja, dapat notifikasi whatsapp, gambar pak cik yang dah dipangku beramai-ramai tidak bermaya dan tidak bernyawa All...

CERITERA- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA

CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA  CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan,  Saya, Siti Suhaila binti Mat Husin. Mesra disapa Siti bagi yang mengenali diri ini. Sekarang saya bekerja sebagai admin di Damansara Perdana Petaling Jaya, Selangor. Sudah lama rasanya tidak mencurahkan idea di platform penulisan ini. Permulaan di tahun 2025, doakan saya. Sebagai permulaan, saya ingin menceritakan kisah kehidupan saya dan untuk mengejar dua Impian besar dalam kehidupan saya sehingga sekarang. Pertamanya, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih berada di sini sehingga hari ini. Tiada yang lebih kesyukuran melainkan kepada Dia semata. Ok, saya mulakan di sini. Sebenarnya saya sehingga hari ini menyimpan impian besar dalam hidup saya iaitu untuk menyambung Pelajaran dan memiliki sebuah kereta. Mohon doakan saya ya. Ya, mungkin untuk orang lain senang untuk memilikinya kerana mem...