Skip to main content
REFLEKSI HUJUNG MINGGU Assalamualaikum semua, selamat malam di hujung minggu Didoakan semoga semua di dalam keadaan baik2 saja, InsyaAllah. InsyaAllah suka saya hari ini untuk berkongsi sedikit tentang persitiwa kehidupan. Hidup kita hari ini, masih diberi nafas untuk bernyawa dan menghirup udara, masih kita dengan kesibukan harian kita, mengejar itu dan ini, yang pastinya, saat sudah merebah tubuh, nak rehatkan diri,menghela nafas kelegaan setelah seharian menguruskan diri masing-masing. pastinya masa itu masa yang sangat nikmat bukan,? Ok, kembali kepada peristiwa yang ingin saya kongsi, teringat peristiwa dalam minggu ini, yang baru sahaja berlaku, untuk saya, satu muhasabah yang besar untuk direnung dan dalam pengajarannya. Petang Isnin lepas, situasi tengah siap-siap untuk balik dari kerja, dapat notifikasi whatsapp, gambar pak cik yang dah dipangku beramai-ramai tidak bermaya dan tidak bernyawa Allah, terkelu dan terdiam seketika Entah apa yang pengajaran yang Allah sedang tunjukkan, Baru bertemu mata masa raya haji lepas, tiba-tiba dapat notifikasi gambar begitu. Kaku juga dibuatnya. merenung tentang saat kematian, ya, kita mungkin akan pergi dengan yang kitas sedia atau kita akan pergi dengan keadaan yang tidak bersedia. Semua sudah ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Takdir kehidupan yang kita tidak tahu pengakhirannya bagaimana,baik atau buruk, Dia yang menentukan, sebab tugas kita adalah menjadi hamba yang terbaik untuk Dia, sebab kita akan pulang kelak, ke negeri abadi kita yang panjang dan kekal untuk selama-lamanya. Suka untuk saya tutup dengan satu ayat dari kalam suci, bermaksud, "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi." surah al-ankabut, ayat 2. Begitulah lumrahnya, kehidupan bila kita adalah orang yang beriman, kita katakan kita taat dan patuh kpd Allah, maka pastinya ujian itu untuk meneguhkan dan sebagai bekalan dan nilaian kepada Allah dengan apa yang sudah kita janjikan kepada Allah. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

TEMAN YANG SOLEHAH Assalamualaikum, selamat petang, pada tarikh 29 Mei 2025, 2 Zulhijjah, diberi kesempatan lagi untuk terus mencoret dan berkongsi sesuatu di laman maya ini.  Alhamdulillah, just to share. Dalam kehidupan kita, kita mesti memerlukan kepada kawan yang baik tu. Sebab tahu nanti boleh nasihatkan, tegur satu sama lain bila ada yang tak kena atau ada kesalahan yang dilakukan.  Sama dengan keadaan diri ini, Allah itu sangat la Maha Baik. Ya, sangat takut kan andai tersalah memilih kawan, andai tersalah pilih kita yang sama-sama tersalah langkah. Nauzubillahiminzalik. Sangat takut, Tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat menginginkan diri ini sentiasa dekat dengan Allah, rasa tenang ,damai. Cannot describe the feeling. Nikmat sangat rasanya. Mungkin, teman yang baik itu adalah yang selalu bersama dengan kita, teman kita as simple macam makan, teman shopping dan  share hobi yang best sama-sama. Tapi jujurnya, teman yang baik itu adalah teman yang solehah. Dia...

CORETAN SITI-

CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA  CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan,  Saya, Siti Suhaila binti Mat Husin. Mesra disapa Siti bagi yang mengenali diri ini. Sekarang saya bekerja sebagai admin di Damansara Perdana Petaling Jaya, Selangor. Sudah lama rasanya tidak mencurahkan idea di platform penulisan ini. Permulaan di tahun 2025, doakan saya. Sebagai permulaan, saya ingin menceritakan kisah kehidupan saya dan untuk mengejar dua Impian besar dalam kehidupan saya sehingga sekarang. Pertamanya, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih berada di sini sehingga hari ini. Tiada yang lebih kesyukuran melainkan kepada Dia semata. Ok, saya mulakan di sini. Sebenarnya saya sehingga hari ini menyimpan impian besar dalam hidup saya iaitu untuk menyambung Pelajaran dan memiliki sebuah kereta. Mohon doakan saya ya. Ya, mungkin untuk orang lain senang untuk memilikinya kerana mem...
                                                                                CORETAN SITI     QADA' DAN QADAR ALLAH   Bismillah,  Saya mulakan coretan pada hari ini dengan satu persoalan yang saya rasa takkan terlepas dari berlegar-legar di fikiran masing-masing, iaitu tentang takdir dan ketentuan kehidupan masing-masing.  Entah keberapa kali, kadang banyak kali takdir atau ketentuan yang datang, buat diri kita tidak dapat menerima, sukar dan kadang perlukan masa untuk dihadam. Ya, begitulah kehidupan kita yang sudah diatur sebaik-baiknya oleh Pencipta kita bukan?😊 Dia yang mengetahui setiap makhluk ciptaanNya di muka bumi yang nan luas ini. Takdir kehidupan kita bagaimana, keadaan kita bagaimana, status kita dan semuanya.  As hamba kpd Allah yang Maha Kaya...