Selasa, 23 Januari 2024 12 Rejab 1445 H
CORETAN LANGIT
biru terangnya langit menerangi kehidupan
mengusik sudut hati yang paling dalam
indahnya cerita dari sang Ilahi, tiada biarkan hambaNya seorangan
saat buntu, hilang Dia pantas melihat diri yang kerdil ini
saat di rasa hela nafas sudah tidak mampu
cahaya di hujung jalan itu sentiasa ada
Dia tahu, Dia yang tidak pernah tidak memandang
Usah cepat mahu berputus asa, kerana rahmatNya mengiringi
yang membantu, yang setia, yang sentiasa sabar
terima kasih untuk setiap titipan sayang menyeru kepada Ilahi
moga hanya syurgaNya yang layak buat kalian
jangan menyerah, walaupun ketikanya tersungkur jatuh
Lafaz di bibir, tulusnya dari hati yang suci
Ayat-ayat cintaNya tiada pernah lekang menjadi penguat
perjalanan yang dibaluti dengan hikmah kesabaran
Allah menjadi kekuatan, supaya diri tidak mudah rapuh
CORETAN,
23 JANUARI 2024🎕🎕
Comments
Post a Comment