Skip to main content

JUJUR

                                                                            JUJUR 💖 

                                                                           
Pernah terfikir x kita?, sejauh mana dalam kehidupan kita, kita telah menjadi seorang yang jujur dalam kehidupan kita...

Pasti ada yang tertanya, jujur pada apa itu? ya, JUJUR yang dimaksudkan adalah jujur dari setiap segi. Saya cuba bagi contoh yang mudah difahami dan dihadam bersama :-

 Kita sebagai seorang pekerja, diberi tugasan oleh majikan untuk menyiapkan kerja dan majikan kita  menyerahkan kepercayaan dia kepada kita, tetapi malangnya kita tidak menjalankan tugas serta amanah yang diberikan, Di situ kejujuran kita sudah jauh.. kita tidak jujur dalam pekerjaan kita, tidak jujur dengan amanah yang diberikan oleh majikan kita dan akhirnya kita telah melunturkan kepercayaan seorang manusia kepada kita.

Sakit kan jika pernah alami situasi sebegini? 

Ada hadis Rasulullah SAW yang menarik mengenai kejujuran :-

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW bersabda; sesungguhnya kejujuran itu membawa pada kebaikan dan kebaikan itu membawa (pelakunya) ke syurga dan orang yang membiasakan dirinya berkata benar (jujur) sehingga ia tercatat di sisi Allah sebagai orang yang benar, sesungguhnya dusta itu membawa pada keburukan (kemaksiatan) dan keburukan itu membawa ke neraka  dan orang yang membiasakan dirinya berdusta sehingga ia tercatat di sisi Allah sebagai pendusta.

 - HR Bukhari dan Muslim.


menakutkan bukan hadis ni?  merefleks diri ini lebih laginya, bagaimana telah betul-betul bersikap jujur dalam setiap tindakan dan kata-kata. Yang utamanya adalah jujur kepada Allah, tiada yang lain. Takut jika masih tidak jujur, rasa yang membuatkan hidup tidak tenteram, gelisah sebab perasaan ini akan masuk bila kita melakukan sesuatu dengan tidak baik dan amanah. 
     
Sifat jujur ni adalah suatu yang paling berharga dan bernilai, jadi kita kena menjaga dengan sebaiknya dan pupuklah kejujuran dalam diri walaupun kadang menanggung kesakitannya. Allah memandang setiap usaha kita untuk memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik


      Sekian, 

      Coretan, 1 Februari 2024💟

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI HUJUNG MINGGU Assalamualaikum semua, selamat malam di hujung minggu Didoakan semoga semua di dalam keadaan baik2 saja, InsyaAllah. InsyaAllah suka saya hari ini untuk berkongsi sedikit tentang persitiwa kehidupan. Hidup kita hari ini, masih diberi nafas untuk bernyawa dan menghirup udara, masih kita dengan kesibukan harian kita, mengejar itu dan ini, yang pastinya, saat sudah merebah tubuh, nak rehatkan diri,menghela nafas kelegaan setelah seharian menguruskan diri masing-masing. pastinya masa itu masa yang sangat nikmat bukan,? Ok, kembali kepada peristiwa yang ingin saya kongsi, teringat peristiwa dalam minggu ini, yang baru sahaja berlaku, untuk saya, satu muhasabah yang besar untuk direnung dan dalam pengajarannya. Petang Isnin lepas, situasi tengah siap-siap untuk balik dari kerja, dapat notifikasi whatsapp, gambar pak cik yang dah dipangku beramai-ramai tidak bermaya dan tidak bernyawa All...
TEMAN YANG SOLEHAH Assalamualaikum, selamat petang, pada tarikh 29 Mei 2025, 2 Zulhijjah, diberi kesempatan lagi untuk terus mencoret dan berkongsi sesuatu di laman maya ini.  Alhamdulillah, just to share. Dalam kehidupan kita, kita mesti memerlukan kepada kawan yang baik tu. Sebab tahu nanti boleh nasihatkan, tegur satu sama lain bila ada yang tak kena atau ada kesalahan yang dilakukan.  Sama dengan keadaan diri ini, Allah itu sangat la Maha Baik. Ya, sangat takut kan andai tersalah memilih kawan, andai tersalah pilih kita yang sama-sama tersalah langkah. Nauzubillahiminzalik. Sangat takut, Tapi Allah hadirkan teman-teman yang sangat menginginkan diri ini sentiasa dekat dengan Allah, rasa tenang ,damai. Cannot describe the feeling. Nikmat sangat rasanya. Mungkin, teman yang baik itu adalah yang selalu bersama dengan kita, teman kita as simple macam makan, teman shopping dan  share hobi yang best sama-sama. Tapi jujurnya, teman yang baik itu adalah teman yang solehah. Dia...

CORETAN SITI-

CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA  CERITERA KEHIDUPAN- KISAH IMPIAN YANG TERTUNDA Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan,  Saya, Siti Suhaila binti Mat Husin. Mesra disapa Siti bagi yang mengenali diri ini. Sekarang saya bekerja sebagai admin di Damansara Perdana Petaling Jaya, Selangor. Sudah lama rasanya tidak mencurahkan idea di platform penulisan ini. Permulaan di tahun 2025, doakan saya. Sebagai permulaan, saya ingin menceritakan kisah kehidupan saya dan untuk mengejar dua Impian besar dalam kehidupan saya sehingga sekarang. Pertamanya, bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk masih berada di sini sehingga hari ini. Tiada yang lebih kesyukuran melainkan kepada Dia semata. Ok, saya mulakan di sini. Sebenarnya saya sehingga hari ini menyimpan impian besar dalam hidup saya iaitu untuk menyambung Pelajaran dan memiliki sebuah kereta. Mohon doakan saya ya. Ya, mungkin untuk orang lain senang untuk memilikinya kerana mem...