Assalamualaikum wbt,
Lama sudah rasa tak bersua di sini. alhamdulillah untuk peluang ini sekali lagi
Lama juga tak share momen-momen kehidupan di sini.
-KAWAN BAIK (TEMAN-TEMAN SOLEHAH)
betul lah kan, kita berkawan itu, bukan sekadar untuk mengenal dan membina hubungan semata-mata, tetapi akhirnya kita tahu hubungan kawan itu yang akhirnya sama-sama dengan matlamat dan tujuan yang sama, iaitu untuk membawa kepada keredhaan Allah, lalu yang boleh menarik ke syurga, InsyaAllah.
Teman-teman syurga dan teman-teman solehah yang tidak akan saya pernah lupakan, yang sentiasa menginnkan kepada kebaikan pada diri ini, menasihati saat lemah, kerana tahu kehidupan kita, diri kita, iman kita ada naik turunnya, jadi dengan hadirnya kawan/teman-teman solehah ini, dapat membangkitkan iman di samping mendekatkan diri kepada Allah.
Nikmat yang teramat, jujur.
di mana-mana pun, diri ini cuba juga mencari teman-teman yang solehah itu, kerana sungguh tiada nikmat yang paling berharga yang Allah kurniakan untuk diri ini, selain bersama-sama keluarga, juga teman-teman ini yang tiada tujuan lain selain untuk bersama-sama hingga ke akhirnya ke jalan yang diredhai oleh Allah.
teringat ayat dari kalam Allah,
"Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)
Ya, its a deep meaning. in specifically, kita boleh sahaja mencari kawan di luar sana, atau kita mungkin ramai kawan di luar sana tapi carilah yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, bait kata-katanya, nasihatnya, semuanya adalah yang akan menarik kita ke arah yang benar.
ingin dicoretkan, diceritakan memang terlalu panjang di sini, tapi yakinlah yang ditulis,yang dikongsi adalah ikhlas dari perasaan ini. Semoganya Allah jua yang tetap meneguhkan hati ini juga walau apa jua keadaan. InsyaAllah
Love,
Siti Suhaila
REFLEKSI HUJUNG MINGGU Assalamualaikum semua, selamat malam di hujung minggu Didoakan semoga semua di dalam keadaan baik2 saja, InsyaAllah. InsyaAllah suka saya hari ini untuk berkongsi sedikit tentang persitiwa kehidupan. Hidup kita hari ini, masih diberi nafas untuk bernyawa dan menghirup udara, masih kita dengan kesibukan harian kita, mengejar itu dan ini, yang pastinya, saat sudah merebah tubuh, nak rehatkan diri,menghela nafas kelegaan setelah seharian menguruskan diri masing-masing. pastinya masa itu masa yang sangat nikmat bukan,? Ok, kembali kepada peristiwa yang ingin saya kongsi, teringat peristiwa dalam minggu ini, yang baru sahaja berlaku, untuk saya, satu muhasabah yang besar untuk direnung dan dalam pengajarannya. Petang Isnin lepas, situasi tengah siap-siap untuk balik dari kerja, dapat notifikasi whatsapp, gambar pak cik yang dah dipangku beramai-ramai tidak bermaya dan tidak bernyawa All...
Comments
Post a Comment