<
FASA ADAPTASI
Alhamdulillah sekali lagi diberikan ruang untuk mencoret kisah di sini. Hmmm… kenapa hari ini berkisarkan tentang fasa adaptasi dalam kehidupan saya. Heee, meh saya kongsikan di sini fasa adaptasi saya.
FASA ADAPTASI KERJA
Saya yakin bukan saya sorang sahaja yang pernah berada di fasa ini tapi ramai orang yang pernah melaluinya. Saya baru sahaja bekerja empat hari di sebuah syarikat keusahawanan sebagai admin sales. Skop kerjanya call customer, assist customer dan target close terus dengan customer. Saya sebelum ni tak pernah ada pengalaman langsung dalam bidang ni, tapi rasa nak mencuba dan ada aim yang saya cuba ingin capai dari sini.
Alhamdulillah, dapat batch dan keliling yang support dan bersama-sama tahu struggles dan up down, background kehidupan masing-masing.
Saya cuba nak buat yang terbaik dalam pekerjaan ni, yelaa, maksudnya kita dalam apa-apa pekerjaan sekalipun, yang utamanya adalah niat, amanah dan jujur. InsyaAllah Allah akan permudahkan. Empat hari pertama masih dalam fasa adaptasi dan perlu banyak lagi belajar.
Hari keempat start belajar buat call, sangat nervous yaa. Tapi prosesnya adalah belajar dan tuntut lagi ilmu sebanyak mungkin. Besarnya rasa konsep usaha dan tawakkal di sini.
Doakan saya. Perjalanan masih panjang dan semoga Allah juga yang mempermudahkan segala urusan dan bertahan walaupun masih kekok.
Yaa, jujur fasa adaptasi ni sangat memeritkan tapi yakin perjalanan ini Allah aturkan yang terbaik dan semestinya diri ini juga kena lakukan yang terbaik. Begitulaa, terlalu panjang untuk mencoret, tapi ingin berkongsi dan seronok untuk mencoret di sini.
Btw, siapa2 yang ada pengalaman kerja macam saya, boleh laa komen dan share komen di post ini untuk saya dapat pengalaman dan cerita dari awak semua 😊
InsyaAllah,
Love, Siti Suhaila <3 i="">3>
Comments
Post a Comment